Jelajah Kesukarelawanan Seremban 2018

img20181117125339

Program Jelajah Kesukarelawanan 2018 melibatkan mahasiswa/mahasiswi Kolej Kediaman Nilam Court dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga(KRT) Taman Dusun Nyior telah berlangsung pada 16 dan 17 November 2018 (Jumaat & Sabtu) di Surau Al-Fatihin, Taman Dusun Nyior, Seremban . Seramai 20 orang pelajar dan 3 orang staff Kolej Kediaman Nilam Court telah melibatkan diri dalam jelajah sukarelawan pada kali ini.

Kami telah bertolak pada hari jumaat jam 1.00 tengahari itu dari perkarangan Kolej Kediaman Nilam Court dan tiba di destinasi kira-kira jam 3.30 petang. Selepas menunaikan solat asar, program dimulakan dengan Majlis kata-kata aluan oleh Ketua Kelab Rukun Tetangga(KRT) taman tersebut, En Aslam bin Nawabdin seterusnya sesi penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat dijalankan. Pada malamnya, telah diadakan ceramah mega yang bertajuk ‘Ibrah dari kisah Al-Quran’ disampaikan oleh Ustaz Affuan, Pensyarah KUIS di Surau Al-Fatihin. Selepas menjamu makan malam, kami bergerak ke rumah masing-masing untuk persediaan hari esok.

Seawal jam 5.30 pagi, kami sudah ke surau bersama keluarga angkat untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Pada jam 7.00 pagi bermula persiapan pembahagian tempat aktiviti dan bersarapan di surau. Kemudian diteruskan dengan aktiviti senamrobik bersama penduduk taman yang terdiri daripada para ibu-ibu dan kanak-kanak. Seterusnya antara aktiviti utama yang dianjurkan adalah sukaneka bersama kanak-kanak. Lebih 40 orang kanak-kanak melibatkan diri dalam setiap pertandingan antaranya acara isi air dalam botol, tiup gula-gula dalam tepung, bawa bola ping-pong dalam sudu dan rebut kerusi. Selepas itu, dibuka penyertaan pertandingan-pertandingan dalaman seperti pertandingan azan, hafazan surah lazim, bercerita dan mewarna bagi kanak-kanak.

Sepanjang aktiviti-aktiviti di atas berlangsung, kaunter sanggar terapi telah dibuka. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah booth Rawatan Islam Darussyifa’, kaunter pemeriksaan kesihatan & kelas Tahsin Al-Fatihah serta Tasmi’ bacaan surah. Pada jam 10.00 pagi pula, Sanggar bakti telah membuka pertunjukan kelas memasak bersama kaum wanita oleh Chef Azizah. Pelbagai resepi-resepi menarik telah dikongsikan kepada penonton.

Setelah tamat segala acara, peserta bersama-sama bergotong-royong mengemas kawasan sekitar masjid kemudian diteruskan dengan Majlis Penutupan & penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Ketua KRT Taman Dusun Nyior dan Pengetua KKNC, USIM serta diberi penghargaan kepada Encik Aslam & keluarga angkat yang terlibat. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan bersurai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: