Team Building KKNC

img-20181107-wa0051
JANDA BAIK – Seperti kebiasaan, Jawatankuasa Siswa/i Kolej Kediaman Nilam Court (JAKSA KKNC) akan menganjurkan program-program yang menarik dan bermanfaat untuk semua penghuni Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Antara program yang diatur ialah program Team Building KKNC. Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk merapatkan hubungan JAKSA KKNC bersama staf-staf KKNC serta memantapkan lagi pengurusan dalam pembikinan kertas kerja.

Program ini terbuka kepada JAKSA KKNC bersama-sama pengetua dan staf-staf KKNC. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 5 – 7 November 2018 yang bertempat Radiant Retreat, Janda Baik.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik pada hari yang pertama adalah checkpoint wawa family, permainan memanah dan golf. Melalui aktiviti ini mampu memecahkan kerenggangan antara Jaksa dan pihak staf-staf KKNC. Bahkan mampu mengenali hati budi masing-masing serta tiada lagi sifat malu untuk bergaul bersama-sama. Setelah penat beraktiviti kami dibawa ke tempat yang lebih menenangkan iaitu aktiviti memancing. Kebanyakan peserta-peserta tersenyum lebar menunjukkan keghairahan mereka dalam memancing sambil mempamerkan kelebihan masing-masing. Banyak ikan yang berjaya dipancing oleh peserta-peserta, kemudian ikan-ikan yang dipancing tersebut dilemparkan ke kembali ke dalam air.

Seterusnya, aktiviti yang dijalan oleh pihak Radiant adalah proses mengenali semasa sendiri. Melalui aktiviti ice breaking ini kebanyakan Jaksa KKNC dan staf-staf KKNC mula untuk menghafal nama-nama dan mengingati muka masing-masig. Hari yang berikutnya kami dibawa oleh pihak Radiant untuk menjalani aktiviti yang menguji keberanian dan keyakinan masing-masing. Kami diarahkan untuk mengharungi arusan air terjun yang agak deras bagi menuju ke tempat seterusnya. Cabaran yang perlu ditempuhi ketika berada dalam air adalah batu yang licin, terjatuh dalam air kerana tidak dapat mengimbangkan diri.

Seterusnya, kami diperintahkan untuk bermain permainan menyusun batu. Pengajaran dari permainan adalah punyusunan strategi yang baik diperlukan dan bekerjasama sebagai satu kumpulan. Selepas itu, kami diarahkan untuk mengutip dedaun-dedaun kering sambil berjalan-jalan untuk ke  checkpoint seterusnya. Menggunakan dedaun-dedaun kering tersebut di arahkan untuk menghias puteri kayangan di hutan tersebut. Pelbagai hiasan dipakaikan kepada si tuan puteri kayangan dan menguji kreativiti masing-masing.

Pada malam itu, tibalah masa untuk pembentangan kertas kerja oleh Jaksa Kknc kepada staf Kknc. Pelbagai prosedur yang diterangkan oleh pihak pengurusan KKNC  dan selaras dengan visi dan misi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu melahirkan para siswazah yang berintegarsikan ‘aqli dan naqli dalam membentuk generasi Rabbani, JAKSA KKNC menyahut cabaran dengan menganjurkan program yang dilihat mampu mencapai kearah wawasan yang termaktub dan diimpikan oleh Universiti.

Justeru, bagi memenuhi objektif iaitu untuk mencapai mahasiswa/i berintegrasi Naqli dan Aqli, adalah wajar kepada Jawatankuasa Siswa/i Kolej Kediaman lain untuk mencontohi usaha-usaha yang dipergiat oleh JAKSA KKNC dalam menganjurkan program seperti ini bagi memenuhi serta memanfaatkan masa yang diluangkan oleh penghuni di kolej kediaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: