LAWATAN INDUSTRI KE MUZIUM COKLAT DAN KOMPLEKS NASYRUL QURAN

 

Jawatankuasa Siswa/i (JAKSA) Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) telah menganjurkan program Lawatan Industri ke Muzium Coklat dan Kompleks Nasyrul Quran pada 16 Mac 2019 yang lalu. Lawatan industri yang bertemakan “Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan” ini telah disertai oleh 36 orang peserta yang terdiri daripada penghuni KKNC dan JAKSA KKNC. Lawatan ini juga disertai oleh pengetua dan beberapa orang staf kolej kediaman. Program Lawatan Industri ke Muzium Coklat dan Kompleks Nasyrul Quran ini telah mencapai objektifnya yang tersendiri, yang mana bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan industri percetakan AL-Quran dan sejarah serta proses penghasilan coklat.

Pada hari tersebut, para peserta mula berkumpul pada jam 7.30 pagi untuk pendaftaran dan pengagihan sarapan kepada mereka. Kira-kira jam 8.30 pagi, kami mula bertolak ke Muzium Coklat di Damansara dengan menaiki bas yang disediakan. Kami memulakan sesi lawatan industri di destinasi yang pertama iaitu di Muzium Coklat, Damansara. Kami dibawa masuk ke dalam muzium tersebut dan dapat melihat dengan jelas bahan utama dalam pembuatan coklat, iaitu biji koko.

Kami diberi penerangan yang jelas berkaitan dengan sejarah-sejarah dan proses pembuatan coklat. Kami juga dapat melihat replika yang diperbuat daripada coklat. Setelah hampir dua jam kami meluangkan masa di dalam Muzium Coklat, kami diberi peluang untuk melihat langkah-langkah dalam menghasilkan coklat dan kami juga diberi peluang merasa coklat yang dihasilkan. Selepas selesai sesi fotografi, kami mengakhiri lawatan industri di Muzium Coklat dengan membeli-belah coklat yang dijual di sana.

Sejurus selesai lawatan di destinasi yang pertama, kami terus meyambung perjalanan ke Putrajaya. Kami menuju ke Masjid Putrajaya untuk menunaikan solat fardhu zohor dan makan tengah hari bekalan yang dibawa. Setelah selesai segala urusan di Masjid Putrajaya, kami terus menuju ke Kompleks Nasyrul Quran dan tiba di destinasi dalam anggaran jam 2.30 petang. Lawatan kami di Kompleks Nasyrul Quran bermula dengan tayangan pencerahan berkaitan penubuhan Kompleks Nasyrul Quran dan juga proses percetakan Al-Quran.

Terdapat juga beberapa kumpulan lain yang bersama kami dalam lawatan atau kunjungan di kompleks tersebut. Kami dibawa dari satu ‘checkpoint’ ke satu ‘checkpoint’ untuk mendengar penerangan berkaitan dengan proses percetakan Al-Quran. Dan di akhir lawatan tersebut, kami dihadiahkan senaskhah yassin setiap seorang dan diberi peluang untuk membeli Al-Quran atau hasil cetakan yang lain daripada kompleks tersebut.

Selepas selesai lawatan di dua tempat; iaitu di Muzium Coklat, Damansara dan Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, kami mula bergerak pulang ke kolej kediaman. Dan dalam kira-kira jam 6.00 petang, kami selamat tiba di Kolej Kediaman Nilam Court dengan selamat. Segala pengalaman yang kami dapat sepanjang lawatan industri ini amatlah berguna dan bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: