PROGRAM PeacHeS 3.0

 

Sabtu, 23 Feb 2019 – Satu program PeacHeS 3.0 telah dianjurkan oleh oleh Biro Kebajikan  dan usahasama Jawatankuasa Siswa/i (JAKSA) Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) Sesi 2018/2019 di Dewan Terbuka Kolej Kediaman Nilam Court.

Program ini berlangsung dengan baik dari awal jam 7.30 pagi, bermula pelajar mendaftar dan melakukan sedikit senaman ringan untuk memeriahkan lagi program pada hari berkenaan. Salah satu inisiatif yang kami lakukan dalam program ini adalah memberi 100 bekas makanan yang agak berkualiti kepada penghuni KKNC yang datang 100 orang terawal secara percuma.

Alhamdulillah, objektif program ingin memberikan penjelasan tentang bahaya penggunaan polisterin kepada kehidupan alam Ciptaan Allah S.W.T dengan menjalankan kempen ini bertujuan untuk memelihara alam sekitar daripada pembuangan sampah penggunaan polisterin yang semakin berleluasa.

Program PeacHes 3.0 ke arah “Sifar Polisterin” peringkat Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) telah disempurnakan oleh Pengetua KKNC iaitu En Muhammad Izuan Abd Gani  dengan disaksikan oleh Penolong Pengurus Asrama KKNC, Encik Muhammad Hafeez Khuzair, bersama-sama dengan tetamu jemputan serta seluruh penghuni KKNC di Dewan Terbuka KKNC dengan slogan “Zero Polisterine”. Sehubungan dengan itu juga, besar harapan agar usaha murni Kolej Kediaman ini dapat mengentengahkan usaha pencegahan sifar polistrin menjadi satu-satunya kolej yang mengamalkannya dan juga ingin menjadi Kolej Kediaman contoh di USIM.

Selain itu, program ini mendapat sokongan penuh oleh Pengetua KKNC iaitu En Muhammad Izuan B. Abd Gani, kakitangan KKNC, Jaksa, Sekretariat juga semua penghuni Kolej Kediaman Nilam Court. Malah mendapat sokongan penuh oleh penceramah pada hari berkenaan iaitu Dr. Muhammad Zamir B. Othman. Pihak pejabat KKNC juga brsetuju untuk mengeluarkan notis sifar polistrin di café dan perniaga di dalam kolej.

Pemberian bekas makanan secara percuma adalah untuk menggalakkan para pelajar menggunakan bekas makanan plastik untuk menggantikan penggunaan polistrin. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa program ini merupakan suatu medan yang baik untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan terhadap pengurusan Kolej kediaman masing-masing di samping mewujudkan jalinan silaturrahim antara universitI Sains Islam Malaysia (USIM).  Diharapkan mahasiswa/i USIM telah dapat menimba sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman daripada penganjuran progam ini, agar dapat membentuk mereka menjadi mahasiswa/i yang holistik dan seimbang dalam segala aspek.

30cee676-bf69-4d17-8413-5f5f433aae43

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: