ALUAN PENGETUA

test

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kami pengurusan Kolej Kediaman Nilam Court masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bekerja menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga untuk meneruskan kecemerlangan dan pembangunan mahasiswa di kolej kediaman.

Kolej Kediaman Nilam Court adalah antara kolej-kolej kediaman yang berada di luar kampus. Namun begitu, pihak pengurusan kolej dan Jaksa sentiasa berusaha merancang dan memastikan kemudahan kolej, kebajikan dan pembangunan penghuni disediakan dan dilaksanakan dengan komited, konsisten dan sistematik.

Untuk memastikan perjalanan pengurusan kolej seiiring dan mendokong aspirasi USIM, tiga garis utama menjadi rujukan dan teras dalam pembangunan mahasiswa iaitu Garis Panduan Pembangunan Mahaisiwa Kolej Kediaman IPT, Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (GIINA) dan Merintis kampus barakah.

Justeru, diharapkan kepada semua penghuni kolej dapat mengambil manfaat dengan sentiasa bermotivasi mendokong dan menyertai program-program yang dianjurkan oleh kolej. Mudahan-mudahan warga penghuni Kolej Kediaman Nilam Court sentiasa dalam rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Sekian terima kasih.

Muhammad Izuan Abd Gani

Pengetua Kolej Kediaman Nilam Court

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: